Make your own free website on Tripod.com
 
Home | ShopeCare | CniShopeCare | Mail
Artikel
  • resepi
  • Petua
  • Letup-letup
  • misai kucing
  • tongkat ali
  • Hempedu bumi
  • More......
  • HEALTH-B 


     Product Price RM20.00
    Centella asiatica disenaraikan antara 20 herba ubatan yang terbaik didunia.  Kajian oleh  para saintis mendapati banyak kesan perubatan daripada herba ini .
     
    1. Menghancurkan batu karang 
    2.  Penyakit kencing manis 
    3.  Menurunkan tekanan darah tinggi 
    4. Penyakit keputihan
    5. Baik untuk meningkatkan keupayaan minda 
    6. Perawatan saraf 
    7. Sakit kulit 
    8. Perawatan athma
    9. Sembelit, kembong perut dan peptic ulcer
    10. Demam panas
    11. Demam kuning
    12. Hepatitis-B
    13. Rawatan sifilis
    14. Buasir 
    15. Sakit ginjal

     
     
     
     
     
     
     
     
    PEGAGA :Dahulu dan kini
    Malaysia mempunyai 1 200 spesies tanaman ubatan dan 60 spesies disenaraikan antara yang biasa digunakan. Sebanyak 15 % tanaman ubatan hanya boleh terdapat di hutan hujan tropika.
    Salah satu herba yang popular dan mendapat tempat di hati masyarakat kita ialah pegaga. Pegaga merupakan pokok herba saka yang menjalar, tumbuh ditempat-tempat lembab dan bernaungan. Dahulunya pegaga hanya dimakan oleh penduduk kampung dan kegunaannya juga terhad. Selain untuk tujuan perubatan, pegaga biasanya dibuat ulam atau dimasak untuk dijadikan gulai. Ada juga yang menganggap pegaga ini sebagai rumpai yang menganggu tanaman mereka.

    Tetapi kini masyarakat telah sedar tentang khasiat pegaga. Oleh itu, pegaga yang dulunya tidak dihiraukan telah mendapat sambutan yang hangat. Terdapat pelbagai jenis pegaga di Malaysia seperti pegaga nyonya yang berdaun kecil, pegaga daun lebar, kelantan, renek dan salad. Kesemua pegaga mempunyai zat makanan seperti protien, gentian, zat besi, vitamin A dan C.
     
    Antara khasiat pegaga adalah:

    menyegarkan badan
    merawat pitam
    mengurangkan berat badan
    awet muda
    rawatan lepas bersalin
     

     

    Selain dari dimakan mentah atau dibuat lauk, pengusaha tempatan seperti Nona Roguy dan HPA telah menggunakan pegaga untuk tujuan komersil. Kini jus pegaga dapat terus dinikmati dengan mudah.Terdapat juga pegaga yang telah dikeringkan dan campuran pegaga dalam jamu atau barangan kosmetik.

    Samada pegaga asli atau pun proses, yang penting segala khasiatnya dapat dikekalkan. Terpulanglah kepada pengguna untuk memilihnya.
     
     
    Natural Skin Care Soap 
      Sabun yang menjaga kulit anda.
     Nutracella Natural Skin Care Soap Bar adalah sabun mandi dan pencuci muka yang lembut dan menyegarkan untuk kegunaan harian anda. Ia dirumus dari Ekstrak Centella Asiatica, Aloe Vera dan Vitamin E. Gunakan sabun ini untuk mencuci muka dan badan anda dari kekotoran atau kosmetik.

    Body Wash
    Jangan cuma cuci badan anda! Segarkan dan lembapkan kulit anda semasa anda mencuci.Krim lembut pekat Nutracella Body Wash mencuci kulit anda sambil menyegarkannya dengan kesan mujarab
    Centella Asiatica, satu bahan yang terbukti berkesan secara saintifik untuk menjadikan kulit anda sihat, berseri dan sentiasa
     bermaya.
    Cuci badan anda tanpa mengenepikan kulit anda dari kelembapan yang diperlukan. Nutracella Body Wash diperkayakan dengan pelembap alami yang terbaik, ekstrak Jojoba. Jojoba ialah sejenis tumbuhan liar tumbuh subur di tengah-tengah padang pasir Sonoran di Amerika!

    KEGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL

    Awet muda daun dimakan mentah sebagai salad.
    Tekanan darah tinggi air rebusan diminum
    Tonik air rebusan atau jus daun diminum
    Luka ulcer pupuk pegaga disapukan untuk merawat luka.

    BOTANI TANAMAN

    Pokok Pegaga ialah herba jenis merayap yang kecil dan hidup semusim
    Daun Daunnya panjang, berbentuk ginjal dan bulat di hujung. Tekstur daun licin dan tangkai daun
    panjang (lebih kurang 20 cm).
    Batang Batang jenis merayap (stolons), berwarna hijau kemerahan, melilit antara satu sama lain.
    Bunga Bunga berwarna merah jambu kemerah-merahan, muncul dalam jambak kecil yang bulat
    berhampiran dengan permukaan bumi.  Setiap bunga dilinkupi oleh 2 ‘bracts’ berwarna hijau.  Bunga jenis
    ‘hermaphrodite’, kecil (kurang dari 3 mm) dan setiap bunga mempunyai 5 stamen dan 2 style.
    Akar/rizom Akar pegaga terdiri dari rizom yang menjalar lurus kebawah.  Rizom berwarna kekuningan
    dan diselaputi dengan rerambut.
    Bahagian yang digunakan Seluruh pokok